Monday, October 18, 2010

Selamat Datang Ke Blog Kcar Lover dan Autoshow



Salam 1 Malaysia

Blog ini khas diwujudkan khas untuk saya berkongsi tentang dunia permotoran di Malaysia yang mana lebih kepada peminat peminat "kcar" dan untuk berkongsi tentang perjalanan autoshow yang diadakan di negara kita.
Di samping itu saya juga ada ruangan untuk saya menjual barangan.


Kei car,K Car, atau keijidōsha, merupakan kategori kereta kecil di Jepun, termasuklah kereta penumpang, van serta lori pikap. Ia direkabentuk sebegitu rupa untuk mengeksploitasi potongan cukai dan insurans.

Piawaian ini mula diasaskan pada penghujung Perang Dunia Kedua, di mana kebanyakan rakyat Jepun tidak mampu memiliki sebuah kereta tetapi mampu memiliki sebuah motosikal. Piawaian kereta kei car mula dibentuk bagi menggalakkan pertumbuhan industri automotif serta untuk menawarkan kaedah penghantaran alternatif kepada kedai dan perusahaan kecil.

Oleh kerana peraturan hanya mengehadkan saiz fizikal, saiz enjin serta kuasa kuda, pengeluar kereta sering menerapkan banyak teknologi canggih bagi kelas berkenaan. Hasilnya, kereta kei car sering dipasang dengan enjin pernafasan paksaan, transmisi automatikdan CVT, sistem pacuan roda hadapan, roda belakang dan empat roda.


Salah satu kereta kcar terawal :
Photobucket
DAIHATSU-MIDGET (1959)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...